Saturday, April 10, 2010

juz wanna share =)

Assalamu3laikum..

Bismillahirrahmanirrahim..
i juz want to share something, myb it's going to be a long entry but i'll try to make it brief..(or can i? hehe)

pada tgh malam hari jumaat, aku berfikir-fikir sendiri, patutkah aku buat surat ataupun tak..bkn surat cinta ye..surat permohonan tukar course..then fikir punya fikir and setelah meminta pendapat kawan-kawan, aku pun tulislah surat..kehadapan pegawai MARA yg dikasihi, bla bla bla, dot dot dot...(bkn format sebenar hehe)
tak kisahla kan diluluskan ataupun tidak, at least kita dah try..tawakkal dan beristikharah je lah pada Allah.

esoknya selepas tamat kelas chem, aku and dua lg kawan aku bertolak nak ke pejabat MARA dengan menaiki AIRBUS U80...then, alamak! traffic jam lak..sempat ke nak solat jumaat nih??

sampai je kat masjid jamek, seperti yg ditakuti, jemaah kat sana dah rakaat ke dua dah..kami yg x amik wudhuk lg ni camna nak join huhuu..kena solat zuhurlah nampaknye sebab xdapat satu rakaat pun bersama imam..walaubagaimanapun, aku agak amazed dgn suasana kat Masjid Jamek masa tu, jemaah sarat hingga ke stesen LRT..begitu juga ngan Masjid India, jemaah panjang sampai ke tengah-tengah bazaar.

kami then cari tempat wudhuk terdekat, sebelum berwudhuk, aku masukkan stokinku kat dalam poket seluar..then kitorang berjalan lak ke tempat solat..sblom nk solat ak kuarkan stokin daripada seluar nak masukkan ke dalam kasut tp then tibe2 aku sedar yg stokin aku cuma tinggal sebelah..haih, mana lagi satu?? huhu..xpelah..tercicir kat bazaar kot huhuu..

setelah sume urusan selesai, kitorang balek MAIS..traffic jam lg..sampai dlm kul 6.40..pastu dlm kul 7, aku n Shanubar pergi ke satu program seperti program al-bayaan kat surau seksyen tujuh. kawan-kawan yg lain dah sampai awal dah kat sana sebenarnye.

CINTA, DAKWAH DAN STUDY

Subhanallah, program kat seksyen 7 nih adalah antara program yg paling mengagumkan dalam hidup aku..
CINTA mereka kerana Allah benar-benar buat aku kagum..jemaah kat sana yg bnyak terdiri daripada pelajar UITM, serta para pendakwah senior yg lain yg selalu buat ziarah sangat-sangatlah mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu serta nasihat-menasihati antara satu sama lain. Ukhuwah Fillah mereka sangat ketara. Kami  dak-dak lelaki MSU MARA ni tak terlepas peluang makan bersama dalam satu dulang..sgt best dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...setelah semua selesai makan, aku menjenguk ke belakang ruang wudhu', kat situ aku lihat dlm kalangan mereka bekerjasama mencuci dulang-dulang dan membersihkan kawasan wudhu' tersebut daripada sampah. sebenarnya mereka sendiri yg masak makan malam yg sedap tu secara bekerjasama..

dalam satu bayaan tu ustaz yg bagi bayaan bercakap pasal dakwah dan study...
" ala Mat, ko ni asyik study je, keduniaan betul!" kata si polan kepada si polan..

salah sebenarnya ni..study itu bukanlah dunia semata-mata..malah menuntut ilmu itu adalah aspek yg amat dititikberatkan dalam islam. sambil kita menuntut ilmu kita haruslah berdakwah ataupun beramar makruf nahi munkar. Masa berdakwah ataupun beramar makruf nahi munkar itulah kita mengusulkan sesuatu yg baik kepada seseorang kerana Allah. sambil kita mengusul kepada seseorang, kita juga sebenarnya mengusulkan kepada diri sendiri kerana kita semua tidaklah sempurna. Justeru pada masa yg sama kita blh perbaiki diri kita sendiri..selain tu, ustaz tu ada gak galakkan untuk kita yg belajar jauh daripada keluarga ni supaya selalu berikan khabar gembira tentang keadaan kita sekarang kepada parents kita and berikanlah mereka hadiah walaupun kecil sebagai tanda yg kita ingat akan mereka. Ustaz tu jgk ajak supaya kita ikram kawan-kawan kita kat U terutama foreigner supaya blh mereka bawa balik ke negara mereka apa yg mereka dapat dan secara tak langsung kita dapat manfaat berganda.

itu antara tazkirah yg diberikan oleh ustaz tersebut.

CARA TERBAIK

ape sebenarnye cara terbaik nak dakwah ataupun beramar makruf nahi munkar?

aku pernah berbual ngan seseorang (bukan dak MARA) and dalam perbualan tu, die beritahu yg die sedey sbb result die selalu teruk. and tak lama pastu die ada beritahu yg die rase perangai die makin teruk skarang nih..tak macam dulu lagi..and die ingin jadi lebih baik..

aku : erm, why dont u dekati kawan-kawan kat sana yg alim-alim, yg baik-baik and take good examples from them.

die : eeeee, xnak.. xsuka dengan diorang tu,..suka jaga tepi kain orang je walhal diorang sendiri pun blm betul lg..kalau betul diorang tu da ok, mana lah aku akan nampak mereka yg alim-alim tu, the tudung labuh one mengumpat mengutuk sana sini..malah lebih ligat daripada kawan-kawan aku yg xbrapa nak alim nih..yg alim-alim ni pun kadangkala tegur dgn cara yg menyakitkan hati..adakah patut pernah dalam satu majlis tazkirah ni, ustaz aku suh sms kalo ade pertanyaan and pendapat..and ade sorang yg 'alim' kononnya tu hantar mesej camnih :
"dalam kelas sy ade bdk xpakai tudung..saya da tegur tp die xnak dengar..ingat die tu cantik sgt ke xpakai tudung? bajet cantik je.."

herm, kalau kita tgk jawapan die tu, die tak suke berdamping ngan dak-dak yg alim sebab mereka sendiri gagal approach die ngan betul...so, ape sbnarnye cara terbaik?? mungkin blh kita fikir-fikirkan. 

bnyak gak nk cerita tp dah panjang betul da..oklah, semoga kita dapat manfaat bersama..insya-Allah.
hehe

yg baik datang daripada Allah, yang buruk pun datang daripada Allah tp disertai dengan kelemahan diri"
till then~

salam =)











10 comments:

mell~ said...

thnx for sharing .. =)

Rose Of Deen said...

two thumbs up!

btol2 m'berangsangkan..
=)

huhu..

dhilaaziz said...

waahhh bestnya entri kali ni.. helmi, yg program kat seksyen 7 tu lelaki je ke boleh pergi? utk kaum perempuan takde ea? =(

Anonymous said...

haha thanx ye sume..

dhila: haah, lelaki je ade..huhu

>helmy

AtiqahHanisMustapa said...

just one sentence, can i?
congratez, post terbaik :)

Mohd Helmi said...

thanx very much hehe..sekadar berkongsi.. =)

raihanazuhar said...

saya bace tp xtaw nk komn ap..
nice ntry...
smg mlkt dlm hti 6t..
:)

alya chumell~ said...

saya nk senyum je=)
suka3..
kalaulah perempuan bleh pergi
huk3=(

Mohd Helmi said...

haha tq alya..
xpe, tuk pompuan pun ade program korang sendiri kan..oklah tu

eiman said...

sejuk perot mama ko ngandung