Saturday, March 24, 2012

Dakwah dakwah dakwah :)

Salam..

harap kita semua sihat wal'afiat dan sentiasa berada di dalam lingkungan rahmatNya..insyaAllah..

Alhamdulillah kerana kita masih dilandasan yg betul..masih di jalan deen kita..

DAKWAH

Dakwah itu bukan mudah, dakwah itu suatu beban, dakwah bukanlah utk orang yg idamkan keselesaan, bukan utk orang yg idamkan dirinya sentiasa di atas katil yang empuk...
dakwah perlukan jati diri! perlukan KEKUATAN! 

DAKWAH ITU SUNNATULLLAH

Dakwah itu perlu! dakwah itu penting! malah, dakwah adalah sunnatullah! Allah pasti akan melahirkan hamba-hambaNya yg bakal berdakwah ke jalan agama...hilang seorang ataupun sekumpulan pendakwah, Allah akan gantikan dengan yang baru...kerana tanpa dakwah, yg bathil akan mengatasi yg haq, tanpa dakwah, dunia akan binasa!

YA ALLAH, JADIKANLAH AKU GOLONGAN YANG SEDIKIT

Suatu hari, sahabat Rasulullah, Umar mendengar seorang pemuda berdoa dengan penuh khusyu'nya yg berbunyi "ya Allah, jadikanlah aku dalam golongan orang yg sedikit.." Umar terkejut lalu bertanya pada pemuda tersebut kenapa beliau berdoa sedemikian?lalu pemuda tersebut membacakan potongan surah as Saba yg berbunyi "dan sedikit diantara hamba-hambaKu yang bersyukur" tidakkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang? tidakkah kita ingin berada di kelompok yang sedikit itu?


Kita harus bersyukur kerana Allah telah pilih kita berada di dalam kelompok orang-orang yg menjalankan usrah, yang menjalankan dakwah..dan kita boleh turut serta bersama-sama menggerakkan sebuah badan dakwah..dahulu ketika dibangku sekolah menengah, sangat sukar untuk dapatkan semua ini, terutama di tempat sendiri..kami semua KEHAUSAN majlis ilmu, KEHAUSAN tarbiyyah..tapi sekarang, apakah kita bersyukur dengan apa yang ada disekeliling kita?


Sekali lagi ana katakan yg dakwah itu bukan mudah..selalu terjadi ada sahaja penggerak dakwah yang KECUNDANG TEWAS DI TENGAH JALAN kerana tidak tertahan dengan beban seorang da'ie..kerap hanya tinggal sedikit yang berjaya kekal dalam dakwah...lihatlah bagaimana tapisan yang dilakukan oleh Allah, untuk memastikan mereka yang betul-betul bersungguh dan berkualiti dalam dakwah...adakah kita ingin jadi orang yang kecundang tersebut, ataupun jadi dalam kelompok yg sedikit?

Ingat lagi bagaimana kisah Talut yang diceritakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 249?

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikut, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Thalut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yaqin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar".

lihatlah bagaimana tapisan yang dilakukan dalam kisah ini sehingga mereka yang betul-betul berkualiti yang berjaya lepas..dan mereka yang sedikit inilah yang perolehi kemenangan..dan di kelompok manakah ingin kita berada?

Sahabat sekalian, dakwah itu bukan mudah, tapi dakwah itu manis :)
tidakkah kita ingin lihat orang disekililing kita berubah kerana kita? tidakkah kita ingin membuat mereka rasa manisnya dalam iman? tidakkah kita ingin melihat dan menyapa mereka di syurga?  Subhanallah...

Jangan risau sahabatku..kita tidak akan rugi jika kita saling berpesan-pesan...Allah kata dalam surah al Asr ayat 1-3 : "Demi Masa!,Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian ,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Jangan risau, sekiranya kita tolong agama Allah, insyaAllah Allah akan tolong kita!

sahabatku, 
ana buat post ini tak lain hanyalah sebagai sumber kekuatan ana sendiri..dan apa yang hendak ana kongsikan ke antum. antunna

Ana sendiri dapat rasa beban dakwah ini tapi ana nak masuk dalam golongan mereka yang 'sedikit'..ana nak ajak antum antunna sama...

Jomlah kita sama-sama berdakwah walau dengan cara apa sekalipun...dengan kebolehan masing-masing...jom kita beri erti pada hidup kita! jom sahabat-sahabat sekalian!! :)
SALAM :)

Friday, March 23, 2012

Saturday, February 25, 2012

it's time

it's time to think more serious things!! 

Wednesday, December 7, 2011

coretan di awal cuti

Assalamualaikum w.b.t

harap kita semua sihat-sihat belaka and dirahmati Allah..amiin..

alhamdulillah selesai sudah progress test yg pertama walaupun tak berapa nak puas hati dengan prestasi sendiri masa mnjawab tu..tapi apa pun yg ak dapat utk test tu ak akan bersyukur and cuba lagi dengan lebih baik kelak..

berakhirnya exam hari tu menandakan bermulanya cuti... 
cuti ak kali ini dimulakan dengan program yg diberi nama "outdoor iman camp"...

lebih kurang 100 org pelajar sertai camp ni and yg bestnya bnyak drpada batch sendiri yg sertai camp ni..

alhamdulillah sebabnya utk program kali ini ak diberi peluang utk membantu dlm mnjayakn program ni..
bagi ak peluang sebegini amatlah berharga..at least blh blajar how to handle or organize a program kerna satu hari nnt bila dah bergelar doktor, bnyak soft skill yg kita kena ada terutama dr segi kemasyarakatan..

walaupun penat, tapi penat itu berbaloi dgn pngalaman, ukhuwwah dan pengisian daripada program ini...
fuh, nervous jgk bila ditugaskan jadi pengacara majlis spanjang program =.= ' .....mmg bnyak kekurangan sbnarnya masa jadi emcee hari tu..tapi bila org dah beri kepercayaan kita patut cuba berikan yg terbaik walaupun kita masih dlm proses belajar..jgn risau, pngalaman akan sentiasa mnjadi guru yg terbaik...

antara pengisian yg menarik perhatian ramai peserta adalah forum yg bertajuk "pabila baju kurung bertemu baju melayu"...mmg agak ramai yg segar bugar bila berbicara akan tajuk ni...

ak tertarik dgn kata2 dr.syaf (salah seorang ahli panel)..kata beliau:
"dalam surah an-Nur ada mnyatakan bahawa lelaki baik utk perempuan baik vice versa and perempuan keji utk lelaki keji vice versa...jodoh kita sebenarnya telahpun ditentukan...just terpulang pada kita utk bertemu jodoh dgn cara yg baik ataupun yg keji"

dlm program ni jgk bnyak disentuh mngenai apa yg berlaku di Malaysia..yg mana kalau kita sedar bnyak pengaruh seperti pluralism, sekularism, liberalism, seksualiti merdeka dan lain-lain semakin jelas meruncing..
justeru siapa yg patut disedarkan?? sudah tentu pemuda pemudi Islam itu sendiri,..kita tidak boleh biarkan perkara ini semakin mengikis jati diri umat islam itu sendiri..so, kalau bukan kita yg bertindak, SIAPA??

minta maaf atas penulisan yg tak berapa teratur.. thanks for reading..semoga dapat manfaat bersama .. 

forum "pabila baju melayu bertemu baju kurung"

peserta ikhwah
sekian, salam

Thursday, November 24, 2011

random

assalamualaikum...

syukur alhamdulillah kerna dengan izinNya tangan ini masih dapat menaip utk terus mengupdate blog yg dah lama terbiar ni..

one thing, selalukah kita bersyukur dgn kurniaNya? sedarkah kita dengan segala nikmat kurniaNya kepada kita selama ini? segala puji bagiNya :)

skarang dah masuk tahun kedua di medical school........ 
a new system has been introduced..learning based on body systems...sistem ni sgt bagus actually, senang nak faham and nak correlate between subjek2 yg ade...tapi utk fasa perubahan ni mmg bnyak kesulitan yg akan dialami..insyaallah lama kelamaan dah blh adapt...

herm, tahun kedua ni AGAK MENCABAR!
sebab apa? sebab mata ni asyik nak tertutup dengan sendirinya...
lagi teruk dari first year...*sigh =.=
agak rugi sbnarnye kalau tertido kat kelas..banyak benda yg dicover kat lecture class termiss...


DAH3!!
bangun! bangun! BANGUN!!
macammana nak jadi MUSLIM HEBAT ni!?

JANGAN LEMAH SANGAT!! BANGUN!!


BANGUN!!!


Friday, June 17, 2011

charity is fun ;)

salam, alhamdulillah kita masih lg diberikan peluang utk brnafas dibumi Allah yg indah ini =)




hr tu ade sorang kawan ni offer utk jadi AJK HOPE..kalau nk tahu, HOPE ni adalah sebuah badan yg ditubuhkn oleh senior-senior IMS Bangalore utk jalankan aktiviti2 charity terutama kat kawasan Bangalore ni...and tanpa brfikir pnjang,  dgn hati trbuka, ak pun terimalah offer tu..trfikir gak, knp ak kena terima sdgkan sibuk gila study kat IMS ni,....tp ak kena ingat, utk jadi sorang doktor ni, ak akan merawat manusia!..so, soft skill and exposure to the society is a must! 


alhamdulillah pada minggu lepas, 11 jun, kitorang ade buat satu program amal ke sebuah sekolah rendah..kalau x silap nama skolah tu Urdu Model Govt School...plajar-plajar kat sini rasanya hampir semuanya muslim...tapi sgt sedih sbb nmpak mereka serba kekurangan..tp mmg itulah realiti kesusahan hidup masyarakat di India ni..jom tgk antara gambar2 yg di snap!
kak ateeq yg mesra 

pandainya abg ni ajar buat itik hehe...

charity is fun! =)

senyum dik! ade yg nak snap pic tu!

pandai tak sy lukis =D







semasa sesi tazkirah dr ustazah mereka..

team HOPE..=)



dana drpada charity ni disumbangkn sendiri oleh warga IMS..
and alhamdulillah, hasil sumbangan tu, kite berjaya menyumbang buku-buku nota, alat2 tulis, tudung, makanan, dan membuat sdikit aktiviti bagi mnghiburkan dan menambah kreativiti serta mengajar tatatertib kat diorang...

oklah, sekian dulu..charity is fun! remember our role to the society! =)

salam..


credit to Nabilah Huda for the pics.

Monday, May 30, 2011

coretan dikala kepedihan mata T__T

Assalamualaikum..lama dah x bersihkan sawang blog nih..fiuh2!!


fuh ya Allah, hari nih penangan mr.formalin sangat2lah menyengat..sampai skarang saat jari2 yg malas nih sedang menaip pun masih menahan2 kepedihan mata..xtaula sebab formalin ke ataupun sebab banyak tido (sebab trlebih tido kot hehe)...


sedar xsedar dah masuk 3rd IA dah..and skarang nih masih terumbang ambing lagi. mana nak revise chapter2 IA yg lepasnya and nak kejar2 chapter2 yg mendatang laju bagaikan ombak2 di tepi pantai..haha xpandai gune perumpamaan langsung =.=....xpe2..yg penting troskan usaha, doa dan tawakkal padaNya..=)


baru-baru ni ade sertai program PERMISI (perhimpunan mahasiswa seluruh India) and penceramahnya adalah Prof.Madya Dr. Asri Zainul Abidin...alhamdulillah dapat mengikuti program seperti ini..ustaz Asri mmglah seorang yg sangat mantap dan berilmu..masyaAllah..
dalam program ni gak dapat banyak kenalan2 baru daripada merata India..subhanAllah indahnya ukhuwwah itu..sgt2 seronok dpt berbual and berkongsi pengalaman and pendapat ngan diorang..mereka tampak sangat matang..hope to see them again =)


oklah, tgn ni kena stop menaip dulu..ade benda lain yg harus diselesaikn dulu..


till then, salam =)