Sunday, July 25, 2010

:: Titlekan sendiri huahua ::

Assalamualaikum


bismillahirrahmanirrahiim..


fuh, lama dah x update blog..herm, baru teringat dulu ade sorang sahabat yg cdgkan supaya buat entry pasal menundukkan pandangan...erm, hehe ak ni xla arif bab2 agama nih tp ak cuba sampaikan mengikut cara ak sendiri and segala salah silap harap diperbetulkan hehe..


"katakanlah kepada orang laki-laki beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka"
(  An-Nuur: 30 )


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..."
(An-Nuur : 31)


Allah telah memerintahkan lelaki dan perempuan supaya menjaga ataupun menundukkan pandangan.
menundukkan pandangan bermaksud menahan pandangan daripada perkara-perkara yang haram dilihat.




 herm, fikir-fikir balik, betapa iman kita perlu diperkukuhkan lagi selama ni. soal menundukkan pandangan ni adalah salah satu perkara yg seringkali kita pandang remeh-temeh kan. contohnya yg lelaki bila nmpak je pompuan cantik atau pompuan yg seksi mulalah "pheeewiit!" dan segala wiit lg..kalau x bersiul dgn suara pun, berpheewiit pulak dlm hati hehe..tp xlah semua, tp kdgkala camnilah (chewah, cam ade pengalaman hehe)..and syukur alhamdulillah kepada mereka yg dah berjaya menundukkan pandangan.


kalau love story, daripada pandangan pertama blh terus timbul rasa cinta (first sight love lah katakan hehe). tapi taukah kita bahawa memandang seseorang yg lain jenis dan diyakini akan menimbulkan godaan juga tak dibolehkan.


teringat pulak kata-kata pak wan kat ak hr tu :


"sy risau kamu ini nanti di Bandung, ceweknya cantik-cantik!, sy risau nnt kamu digoda oleh mereka"


huhuhu ak pun takut gak dengan perkara ni. yelah, ak sendiri sukar nk percaya diri sendiri lagi. harap-haraplah imanku cukup mantap tuk halang sume tu. Ameen~


then ak terfikir, in case, kte minat seseorang..


beranikah kte katakan,


"ya ukhti, ana meminati ukhti kerana agama, bkn kerana nafsu atau paras rupa, tiada unsur sekularr ya ukhti"


benarkah demikian? benarkah kte meminati seseorang itu kerana agama? bkn kerana pandangan kte padanya yg kemudian tertimbul fitnah (godaan)?


cinta yg berunsur sekularr lah yg seringkali menyumbang kepada gejala seks luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. herm, sgt menakutkan benda ni..mcm2 blh jd ble dah dibius cinta..


but then, camna sebenarnya cinta yg betul? rasanya pic ni sesuai..

thanks to Hanna for tagging this pic. 

erm, selain drpada melihat lawan jenis yg diyakini akan menimbulkan fitnah (godaan) pd kita kecuali terpaksa atau xsengaja, rasanya kita sume dah maklum yg kte xleh pandang aurat org lain. huhu hal ni slalu terjadi kat golongan lelaki termasuklah ak sendiri..bila nmpak aurat pompuan terdedah xpayahlah kite sengaja nk tgk..alihkanlah pandangan kita..samada yg menimbulkan syahwat ataupun tak...yg pompuan pun camtu gak..

kesimpulannya, kita haruslah sedar betapa Allah Menyayangi kita lelaki dan pompuan dgn memberikan panduan akan batas pergaulan bg kita yg berlawanan jenis . malah utk yg pompuan, Allah telah kurniakan surah An-Nisa (wanita) kepada anda semua. semua tu utk kemaslahatan kita bersama. jom doa supaya kita betul2 dpt ikut syariat yg telah ditentukan ni walaupun ak tau diri ak sendiri amat banyak kekurangan dan kelemahan tp sama-samalah kita ingat memperingati. entry ini bknlah nasihat, tetapi perkongsian dan muhasabah diri kita bersama.

and, utk sumber yg lebih detail, klik je kat SINI.
ak xbape berani nk tulis sepenuhnya pasal menundukkan pandangan ni sbb perlukan ketelitian dan kearifan. jadi blhlah kite sama-sama membaca artikel sepenuhnya insyaAllah.

sekian, maaf sekiranya ada salah silap.

salam..

           :"Wasiat Rasul Buat Lelaki", Muhammad Khalil Itani, terbitan Aqwam.
























2 comments:

Anonymous said...

"ya ukhti, ana meminati ukhti kerana agama, bkn kerana nafsu atau paras rupa, tiada unsur sekularr ya ukhti"

sgt mendalam mksd ayat di atas. Thanx untuk post ni!

Mohd Helmi said...

ur welkem..haha jgn slh sangka ngan ayat diatas..x membawa maksud ape2..sekadar membuat cth situasi..