Monday, March 15, 2010

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

Assalamu3laikum..



mungkin banyak antara kiter yg dah biase dgn kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis.. tapi kali nih saye nak buat post berkenaan kisah nih so, bile2 masa blhlah saye view blk kisah ni kan bile scroll down blog hehe dan bolehlah kiter sama-sama bace untuk tauladan kiter bersama insha Allah..actually banyak pengajaran yg blh kita ambil daripada kisah ni, lagipun kisah ni ada dirakamkan dalam kitab suci al-Quran Nur Karim..oklah jom layan!! haha


Sulaiman dan Ratu Balqis


Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nazarnya maka pergilah ia meneruskan perjalanannya ke Yaman. setiba di kota Yaman, ia memanggil burung Hud-hud sejenis burung belatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yg kering tandus itu. namun, ternyata burung Hud-hud yg dipanggilnya tak berada di antara kawanan-kawanan burung yang selalu sedia berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud tadi sekiranya dia absent tanpa alasan atau keuzuran.


berkata burung Hud-hud yang hinggap di depan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: " aku telah terbang membuat pengintaian dan menemukan sesuatu yg sgt penting untuk diketahui oleh Paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan besar dan mewah di negeri Saba yg dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Ratu itu kulihat duduk di atas sebuah tahta yg megah bertaburkan permata yg berkilauan namun, Ratu itu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yg mengurniai mereka kenikmatan dan kebahagiaan hidup. mereka menyembah sang matahari dan bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. mereka telah disesatkan oleh syaitan daripada jalan yang lurus"
mendengar perkataan Hud-hud, Nabi Sulaiman lantas mengampuninya kerana merasakan bahawa berita yg disampaikan Hud-hud penting untuk diperhatikan. Nabi Sulaiman lantas mengutus surat dan menyuruh Hud-hud untuk membawanya dan dilemparkan ke dalam istana Ratu tersebut.


Hud-hud melaksanakan perintah Nabi Sulaiman. dilemparnya surat Nabi Sulaiman tepat di depan Ratu Balqis yang sedang duduk megah di atas takhta. Ratu Balqis mengangkat kepalanya melihat ke atas ingin mengetahui dari mana datang surat itu dan siapa yg berani secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. kemudian Ratu Balqis mengambil surat tersebut dan membaca isinya yg berbunyi : "Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."


Setelah membacanya berulang kali, Ratu Balqis memanggil para pembesar dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk berbincang akan tindakan yang harus diambil. para pembesar mengatakan bahawa mereka tidak gentar untuk masuk ke medan perang melawan musuh dan menjaga keselamatan Ratu Balqis. akan tetapi Ratu Balqis tidak bersetuju menggunakan kekerasan atau peperangan kerana bangunan-bangunan akan hancur binasa, rakyat diperhambakan, dan segala harta dan peninggalan nenek moyang akan dirampas memandangkan itu adalah akibat kepada tiap peperangan. Maka Balqis pun berkata: " aku akan cuba melembutkan hatinya dengan mengirim hadiah kerajaan yang terdiri daripada barang-barang bermutu tinggi yang dapat mempesona hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana tanggapan dan reaksinya terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.


setelah Ratu Balqis bersiap-siap dengan hadiah dan utusannya, burung Hud-hud tiba hinggap di depan Nabi Sulaiman memberitakan rencana Ratu Balqis tersebut sebagai jawapan kepada suratnya. mendengar berita tersebut, Nabi Sulaiman mengatur rancangan penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan pasukan Jinnya agar membina sebuah bangunan yang megah tiada taranya dan bakal menyilaukan mata perutusan Balqis yg bakal tiba.


tatkala perutusan Balqis tiba, mereka disambut dengan ramah-tamah oleh Nabi Sulaiman dan setelah menyampaikan tujuan mereka mengenai hadiah yang dibawa berkatalah Nabi Sulaiman "Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengurniaiku dengan kurnia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang daripada makhluk-Nya".


"disamping itu aku telah diutus sebagai Nabi dan Rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang juga mencakupi jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. maka bagaimana aku dapat dipujuk oleh hadiahmu itu? Aku tidak akan dilalaikan dari kewajipan dakwahku walaupun dengan emas sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan kirim bala tentera yang kuat dan tidak dapat dikalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.


perutusan Balqis kembali melaporkan apa yang telah diucap oleh Nabi Sulaiman kepada Balqis. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah dengan menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya.


Nabi Sulaiman berhasrat menunjukkan kepada Ratu Balqis akan kekuasaan ghaibnya disamping kekuasaan lahiriahnya dan bahawa apa yg dia telah ancamkan melalui rombongan bukanlah ancaman kosong. maka bertanyalah baginda kepada pasukan jinnya, siapa di antara mereka yang sanggup membawa singgahsana Ratu Balqis sebelum orangnya menyerah diri.


berkata Ifrit? jin yg tercerdik: "aku sanggup membawa singgahsana tersebut sebelum Paduka Tuanku sempat berdiri dari tempat dudukmu. aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercaya"


seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah pun berkata " aku akan membawa singgahsana itu ke sini sebelum Paduka Tuanku sempat memejamkan matamu"


ketika takhta Balqis sudah berada di depan Nabi Sulaiman, berkatalah ia " ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk menguji apakah aku bersyukur atas kurnianya atau mengingkarinya, kerana barangsiapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia".


Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna istana ratu yg sudah berada didepannya itu. kemudian, setelah Ratu Balqis tiba bersama pengiring-pengiringnya, bertanya Nabi Sulaiman seraya menuding ke arah singgahsananya: "serupa inikah singgahsanamu?" Balqis menjawab: "seakan-akan ini adalah singgahsanakuku sendiri," sambil tertanya-tanya bagaimana mungkin mahligainya ada di sini padahal ia yakin bahawa singgahsananya masih ada ketika ia meninggalkan Saba.


Ratu Balqis menjadi bingung melihat singgahsananya berpinah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yg sengaja dibangun untuk penerimaannya. lantai dan dinding-dindingnya diperbuat daripada kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada di ruangan itu kerana menduga ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.


Nabi Sulaiman pun berkata: "tidak usah engkau menyingkap pakaianmu. engkau tidak berada di atas kolam air. apa yg engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini"


"Oh Tuhanku," Balqis bekata menyedari kelemahan dirinya terdapat kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman. "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan kurniaan-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan penuh keyakinan.Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".




begitulah kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis..kisah ni sgt best dan banyak pengajarannya..menurut setengah ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, Balqis akhirnya menjadi isteri kepada Nabi Sulaiman..






thanx kepada yg membaca..=)






salam..






sumber : 'Kisah-kisah Para Nabi dan Rasul', Abdullah bin Abdul Mubarak














7 comments:

raihanazuhar said...

helmiii!!!!!!!!
ak lebih suke cerita yang AINUL MARDHIAH taw...
biddari tercantik tuh special untk orng2 yg mati syahid taw...
waahhh....
lagu die pun ak sngta suke+pndai nyanyi *kerek sngat kot klu kate ak pndai nyanyi*
xpe xpe.....
try la surf pasl ainul mardhiah..sngt best tapi just a little bit je pasl die coz how can human get more about ainul mardhiah bcoz she is a bidadari xcept if i'm not mistaken nabi muhammad ade critakan kat sum1 tuh...
n bla bla bla la...
pnjang ak komen kat sini...

pssttt:: ak jadik orng pertama komn kat sini

FiQ aSH said...

hahaha..pnjg btol post ko nih..hahahaha..btw thanx 4 "sharimt" (gaye reyhe)..muahahahaha =P

Mohd Helmi said...

haha mestilah panjang..bkn pe, kisah nih agak menarik..so, bile2 nnt blhla aku baca blk bile berkunjung ke blog aku hehe..

reyhe: thanx for sharing..buatlah post psl Ainul Mardhiah..hehe

Rose Of Deen said...

salam.. hemli..
ak due kali dah view blog mu nih..
n.. apsal gamba dy x kluar??
x syok laaa..
huhuhu..
tp best2... =)

Mohd Helmi said...

gamba x kuar? owh, yg video ke? erm..xtawla..aku bukak ok je pun

Mohd Helmi said...

wsalam cik rose!

Rose Of Deen said...

grrrrrrrrrrrrrr,, gmba mu degil btol..